-->
BloGkU

Flower Clip ArtFlower Clip ArtFlower Clip ArtFlower Clip ArtFlower Clip ArtFlower Clip Art

Sabtu, 1 Disember 2012

i'm gonna say Goodbye to 2011 and Hello to 2012




" Biarkan kenangan terus tersemat indah di dalam ingatan ku selamanya " 

hai korg !
menjadi lumrah setiap pertemuan pasti ade perpisahan..
cumenye yang berbeza adalah tempoh masa setiap pertemuan itu saja..
namun untuk kitaran tahun,
setiap tahun setiap orang akan melalui 12 bulan dan 365 hari..
kena percaya tu !
hari ini hana menghabiskan masa cume dengan ber'shopping'
membeli persiapan balik ke 'hostel'
menarik bukan ??
itupun masih x lengkap lagi !
mesti anda semua fikir begini..
" betapa banyaknye barang yang hana nak bawak balik asrama "

ok ! sejujurnye tak ade la banyak mana ade la lebih kurang penuh 2 beg !
ala dua beg je ...
x banyak mana pon !!! 
ok cerita pasal TAHUN BARU !!...
harapan hana..
  • Agar hana bakal menjadi lebih positif dalam mengharungi hidup yang mencabar ini bersendirian di asrama...
  • Agar hana akan menjadi lebih baik dari segi pelbagai aspek pun...
  • Agar keimanan hana terus kekal utuh dan bertambah utuh dari sehari ke sehari...
  • Agar tahun 2011 ini akan menjadi iktibar dan sempadan untuk setiap tindakan pada tahun 2012
  • Agar menjadi anak yang solehah
  • Agar ALLAH melindungi SELURUH ahli keluarga kembangan hana dari segala mala petaka..
  • Agar ALLAH memberi keberkatan buat seluruh kerabat keluarga mieyra 
  • Agar ALLAH memanjangkan usia MAMA,AYAH dan seluruh ahli keluarga kembanganhana
 AMIN AMIN YA ROBBAL ALAMIN...
bukan hana nak bangga dengan azam hana tapi...
hana nak jadikan azam hana sebagai pembakar semangat buat hana dan juga MUNGKIN buat para blog !
ok sampai sini dulu ye..
nanti cerita lagi !
~SEKIAN ~

Dicatat oleh Nurul Hasanah di 4:58 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 31 Disember 2011


hari ini hana nak cerita pasal tahun 2011 yang akan berakhir beberapa jam saja lagi . . bagi hana tahun 2011 ni , banyak kenangan pahit dan manis . . kenangan manis akan HANA ingat sampai bila-II , dan kenangan pahit hana akan cuba melupakan nya . kenangan manis 2011 * dapat kawan yang memehami hati dan perasaan hana , hana sayang hampa sangat-II . hana tak nak kehilangan hampa suma . . kalau hana ada masalah , hampa laa yang tolong hana selama ni . . susah senang kita sama-II . . * kepada rakan-II kuu ,jangan laa gaduh-II ukeyh ? . aku nak tahun 2012 ni kita happy jea , aku nak kita buka buku baru yeap ? . walau apa pun yang terjadi , kita tetap kawan . . banyak dah kenangan aku dengan hampa semua . . aku sayang hampa semua a'mmarah , husnul, lyana , syazana , jannah , ainun, aisya dan sarah aku harap kita semua akan kawan sampai bila-II . . kalau aku ada buat apa-II yang hmpa tak suka , tolong maafkan aku ye? . tak berapa hari lagi jea kita semua nak jumpa balik , aku rindu kat tempat yang selalu kita lepak tu . aku pun nak habaq kat hampa . . I MISS YOU ALL SO MUCH too all friend aku , nanti kita jumpa kat sekolah/asrama yeap ? . tak sabaq nak p sekolah n asrama , nak jumpa hampa suma . .


bye you all
luv my friend so much


always smile -,-


  
Dicatat oleh Nurul Hasanah di 6:00 PG 1 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 27 Disember 2011

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan

 

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Dicatat oleh Nurul Hasanah di 5:18 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 25 Disember 2011






Firman Alahh SWT,bermaksud :"Jika kamu menolong (Agama)Allah,Nescaya Dia akanmenolongmu dan menegakkan kedudukanmu.  (Surah Muhammad,ayat 7)

10 petanda berikut :

1.Bersahaja
2.Senang bersama
3.Terima kita seadanya
4.Sentiasa jujur
5.Percaya mempercayai
6.Senang bekerjasama
7.Memahami diri kita
8.Tampilkan kelemahan
9.Kata hati
10.Solat istikharah dan tawakal
Dicatat oleh Nurul Hasanah di 5:13 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)

Pengikut

Backgrounds & Heart Backgrounds

Mengenai Saya

Foto saya
Nurul Hasanah
Lihat profil lengkap saya



Gratisan Musik
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.